fuhhh,,tajuk gempak beb...boleh timbul kontrovesi
bercinta tapi xmahu kawin awal...camane tu ??? terrrrr
01. Saya dah jatuh hati kat dia...ape perlu buat??? hahaha
"dan kahwinilah orang orang yang bersendirian antara kamu (bujang)"
surah An-nur:32
02. Saya tak cukup duit untuk kawin...camane pulak? huhuhu
Rasullulah SAW bersabda :
"Wahai kaum pemuda, barang siapa antara kamu sudah mampu memberi nafkah,maka hendaklah dia menikah.kerana dengan menikah itu dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan,dan barang siapa belum berkemampuan,maka hendaklah kalian berpuasa,kerana puasa itu penawar bagi nafsu...
03. Memang saya tak cukup duit nak kawin,tp kalau lambat sangat nanti kena kebas orang....
"kerana sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan.Sesudah kesulitan ada kemudahan"
Surah Alam nasyrah : 5-6
*berdoalah......
04. Tapi saya dah syiok sangat kat die...camne?
"kemudian kami jadikan kamu berada dalam satu syariat,(peraturan) dan urusan(agama itu) maka ikutilah syariat dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang orang yang tidak mengetahuinya"
Surah Al-Jatsiyah :18
"orang yang berjihad itu adalah berjihad menentang nafsunya"
Riwayat Bukhari
05. Sepanjang saya bercinta bukan selalu dapat jumpa dia...ala.....
"dan janganlah kamu dekati zina,sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang sangat keji.dan jalan yang buruk"
Surah Al-isra :32
06. Tapi saya tak hensem...saya rasa dia jer yang akan terima saya seadanya.
"diantara tanda kekuasaan Allah adalah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri.supaya kamu cenderung dan merasa tenteram bersamanya,dan dijadikan antara kamu rasa kasih dan sayang"
Surah Ar-rum :21
07. Rasa susahlah nak cari jodoh...
"barangsiapa yang tidak mempunyai isteri kerana takut kepapaan maka ia bukan dari golongan kami"
Riwayat Abu mansur Al-Dailami
dari aishah r.a,rasullullah bersabda:
"barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki,maka hendaklah dia berkahwin"
Riwayat ibnu majah
kesimpulannya cinta itu fitrah manusia,tapi jangan jadikan ia alasan untuk bercinta tanpa batasan...