Jumaat, 30 November 2012

Perlu ke tegur salah orang?

sejak aq menetap kat KL ni...makin banyak pulak aku lihat peminta sedekah...pergi pasar malam,stesen bas,pusat membeli belah...rata-rata kelihatan kelibat peminta sedekah...kadang kadang aku terfikir jugak...perlu ke aku hulurkan bantuan? Tapi kenapa pula peminta sedekah yang mengemis tu sihat walafiat pada pandangan mata kasar aku....kalau dah tubuh badan masih sihat,kenapa tak cuba mencari pekerjaan yang lain...atau....mungkinkah pendapatan hasil daripada aktiviti mengemis lebih lumayan...(cissss,,,ni semua sebab terserempak dengan peminta sedekah tadi...padahal xdekena mengena pon dengan ape yang aku nak tulis...haha)

sebenarnya bukanlah peminta sedekah yang menjadi topik tetapi perlu ke tegur orang kalau kita nampak kesalahan dia?hurmmm.....

Ade seorang hamba Allah tanya kat aku..."Perlu ker kau tegur orang padahal kau pon tak perfect?"...
pada aku SANGAT perlu..kalau dah dia buat benda salah,komfem-komfem jadi tanggungjawab aku untuk tegur.Memanglah aku pon banyak buat salah,tapi tak salah kalau kita amalkan konsep saling tegur menegur untuk perbaiki diri.Bukan apa,aku bukan berniat untuk menjatuhkan maruah dia,tapi sekadar memberi sedikit kesedaran....(arghhhh,,tapi bukan semua yang fikir macam aku!!!)

Adakalanya aku terpaksa tegur walaupun aku fikir mungkin akan ada perasaan yang akan terguris...Bukan mengumpat tapi sekadar teguran .

Pada aku tak salah kalau berpesan-pesan pada kebenaran.Tak rugi pon....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan