Selasa, 25 Disember 2012

aku dan kehidupan

Harini penuh kegembiraan dalam hidup aku,kuliah abis awal,lab microbiology pharmaceutic dibatalkan,dapat makan mee kari warung tepi masjid dan yang paling penting lab report sudah dibereskan dan dihantar.

 Dah lama aku tak update dan harini nak cakap sikit tentang sebab aku makin malas sekarang ni...
Malas nak study ni perkara yang patut aku letak dalam senarai nombor 1 hidup aku...Kedua pulak katil empuk aku yang pada aku amat-amat selesa dan sentiasa cool,tu baru katil punya cerita belum lagi bila dah duduk menghadap perskription practice yang berlambak saban hari.

Biasanya mood study aku tu datang beberapa minit jer dan bila Facebook da main peranan (walaupun xde sapa nak chat dgn aku,tapi tetap suka buka FB)....

hohoho,kalau aku pulak facebook dan blog memang menjadi feberet aku la...5 minit buat rujukan kat internet 2jam mata kat netbook (kadang2 lebih)..hebat kan aku kalau online...?
                                     haaa..ni abg idan kawan sebilik aku.....malu konon... haaha
                                                  padahal suka aku ambil gambar dia...

Tp tu kalau wifi casa ni tak lembap macam siput babi..kalau wifi slow biasanya aku prefer untuk tido....dan....oleh sebab itu jugalah result aku setiap sem ok,ok jer,tak rendah tak tinggi...

Tu belum kira time si Pie datang bilik nak mengomel...aku kalau dah termula menyembang memang ekcited weh,,,sembang pulak bukan perkara yang pensyarah ajar tapi dok cerita pasal orang jer...Tapi kadang kadang ade la jugok sembang yang tak merapu..
                                              haaa...ni ar pie...study ko erk..? (hahahaha)

haaaaa..kan da cakap...kemain lagi aku dok taip...padahal latihan perskription depan mata nak hantar esok pagi....hahahaha

Isnin, 17 Disember 2012

cari salah diri untuk perbaiki diri

Banyak faktor yang menyebabkan orang akan memandang kita dengan sebelah mata.Tetap ada saja perbuatan yang tidak bererti buat mereka....Bukan niat nak mengingat perkara yang menyakitkan hati ,tapi pernahkah orang lain tidak menyakitkan aku....?

Setiap kata-kata caci maki lebih baik dianggap sebagai membersih dosaku.Sekarang ni aku memang suka sangat berkurung dalam bilik..hahaha...erm,dalam dunia ni ada pelbagai ragam manusia.ada yang suka memperbaiki diri dan ada yang suka hanya sekadar duduk diam dan berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi..Dan yang paling teruk ada juga yang langsung tidak mahu berusaha ataupun berbuat apa-apa...

apa-apa pun jadi diri sendiri dan tak payah berangan nak tiru cara orang lain....

kesimpulannya...bukan semua orang akan bersikap dan berfikiran seperti kita.....

Selasa, 11 Disember 2012

Baik aku diam jer

Sekian lama aku tak update....

Aku ingat lagi time sms masuk ke dalam handset cabuk aku....

"takpelah awak,awak takkan faham saya,dan awak memang tak pernah faham saya"(macamana tu?)

Aku mengeluh panjang..Bukan niat aku untuk memutuskan silaturahim yang kitorang dah bina dari alam sekolah.Perlahan lahan aku menaip bait-bait kata yang aku harap tidak mengguris perasaan kau....

"tak pe lah awak,cuma saya harap awak jaga diri lepas ni,belajar rajin-rajin...insaallah setahun je lagi nak abis...."

Aku tak pernah sekali pon buang ko dari hidup aku,Diam adakalanya aku rasa cara terbaik...dan....

kali ni aku betul-betul terasa....

sooo......penyelesaiannya.....diam seribu bahasa...

p/s : aq tak faham dengan sorang budak rumah aku ni.....hehehehe