Asalamualaikum wbt...
Huh nampaknya hampir 3 bulan dah tak update....ye ar nak update macamana kalau line macam siput babi kan....
Alhamdulillah setelah dua bulan berlalu aq dah abis praktikal untuk retail farmasi...best woo praktikal dekat dgn rumah ni....naik moto setiap pagi dengan uniform PICOMS....fuyooo bergaya habis....Line 3 tu wei...bangga kot....
Gambar : Pahang Pharmacy sdn Bhd Raub
Banyak perkara yang aq belajar sepanjang latihan industri ni....mula-mula tension kot sebab bosan tak tau nak buat ape kat situ,sebab tu la aq rajin-rajin buat semua benda yang staf farmasi buat...contohnya cuci-cuci,lap -lap,menyapu,susun barang....tapi bila dah masuk bulan ke dua....wahhh...hebatnya ....aq dibenarkan dispens ubat,selesaikan masalah,rekod produk yag perlu direkod dan yang paling aq suka time buat pemeriksaan blood pressure,urine asid test,glucose dan kolestrol....tambah-tambah teruja bila ade pakcik yang panggil aq doktor...aik.....nampak macam doktor ker? hahaha...poyo...
Minggu seterusnya aku diajar mengenai kategori ubat batuk,serius masa kuliah haram 1 pon aq xfaham tentang kategori ubatan ni....tapi bila da pergi praktikal....ok,xde la susah sangat....lagipon antara aq dan ahli farmasi serta staf-staf yang lain ibarat macam keluarga,,,borak-borak,mengumpat sikit-sikit,gelak kuat-kuat ,menyanyi dah jadi macam kami seolah-olah kenal lama....
Gambar : Birthday kak Ayu kat farmasi
Orang yang paling banyak aq bertanya dan mendapatkan info selain pharmacist adalah kak santi...walaupun dia kaum india tapi dia baik sangat,pengalaman bekerja dalam bidang kejururawatan di hospital swasta dan klinik memang membuatkan dia banyak pengalaman dalam pengurusan ubatan...lagipon akak ni tak kedekut,dia akan terangkan sehinggalah aq betol -betol faham..Kaima pulak supervisor kami untuk cawangan raub...sempoi.....kamcing....
Kak ina paling aq ingat sebab dia dah macam penganalisis politik...hahaha....kak ayu pulak paling sporting...hahahaha.......sebenarnya first time aq bekerja .....so...ok la pengalaman yang amat berharga.....
Ok,selepas ni tibalah ke fasa seterusnya....farmasi hospital sungai buloh.....nerves weiii.......
P/S : teringat time pergi bentong dengan pharmacist semata-mata kerana nak makan Pizza Hut....hahahah